Showing posts with label Berita Buddhist Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Berita Buddhist Kelantan. Show all posts

Wednesday, May 18, 2011

PERASMIAN BANGUNAN UTAMA WAT CHINDPRADITHARAM

Bangunan Utama
Jemputan Ke Majlis Perasmian Bangunan Utama ( Mea Wat)
Wat Chindpraditharam,
Kampong Tendong, Pasir Mas, Kelantan.

Dengan segala hormat dan sukacitanya kami AJK wat menjemput
tuan/puan ke Majlis Perasmian Bangunan Utama (Mea Wat) pada
hari dan tarikh tersebut diatas Di Wat Chindraditharam, Kampong
Tendong, Pasir Mas, Kelantan:

9 Jun 2011(Khamis) 9.00 pagi - Upacara Letak Kerja
                                  8.00 mlm - Bacaan ayat suci sutta
10Jun2011(Jumaat)  9.00pagi  - Ketibaan dif jemputan,orang ramai
                                10.00pagi  - Upacara Perasmian Mea Wat
                                 11.00pagi  - Tarian Naga
                                 3.00ptg   -  Perarakan 
                                 9.00mlm -  Wayang Kulit
11Jun2011(Sabtu)  11.00pagi - Tak Bart (Dana kpd sangha)
                                9.00mlm - Wayang Kulit
12Jun2011(Ahad)    9.00mlm - Wayang Kulit

Kami mengalu-alukan kedatangan tuan/puan untuk bersama-sama
untuk membuat dana dengan hati yang ikhlas. Semoga anda akan
memperolehi pahala yang berganda. Tham duai chai di, hai pen bun
kuson.

Sadhu.........

Thursday, May 05, 2011

Wat Balai - Perarakan Buddha Rupa Dari Sg Golok

Wat Balai, Bachok.

Akan mengadakan sambutan Hari Wesak dan
Perarakan 5 Buddha Rupa dari Sungai Golok
dan dijangka akan sampai di wat jam 9.00 pagi.

 Atur cara majlis seperti berikut:

13 Mei 2011 - Hari Wesak.

Semua umat Buddhist diseluruh Kelantan dijemput hadir
bagi menjayakan majlis ini sambil berdana.


Sadhu........

Wednesday, May 04, 2011

Samnak Surio - Phrak Sau - Hari Wesak

Samnak Surio - Jalan Pasir Era - Temangan
Phrak Sau.

Samnak ini akan mengadakan Hari Wesak seperti berikut:

Tarikh  : 27 Mei 2011.
Tempat: Samnak Surio
              Bukit Kelubi, Pasir Era,
              Jalan Pasir Era - Temangan.
              Sebelah kanan dari Pasir Era - kiri Sungai Kelantan.
              (Pagar zink)

Maklumat lanjut sila hubungi:
Chief Abbot :Phrak Sau 012-9818-804.
Semua kaum Buddhist di jemput hadir beramai-ramai sambil
berdana. Pusat ini masih baru dan memerlukan sumbangan.
Para pengamal meditasi di jemput untuk melihat kesesuai
kawasan yang aman dan mententeramkan.



3 Buah Khutik


Sadhu...........

Sunday, May 01, 2011

PM Beri Sumbangan RM 200,000 Untuk Sekolah Bahasa Thai Kelantan

Dalam lawatan Perdana Menteri ke negeri Kelantan baru-baru ini,
beliau telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 200,000.00 untuk
sekolah-sekolah bahasa Thai yang ada di wat-wat seluruh negeri
Kelantan. Majlis pembahagian peruntukan tersebut dijangka akan
diadakan pada 9.5.2011 di salah sebuat wat yang akan ditentukan
kelak.
Sadhu.....

Tuesday, April 26, 2011

Wat Nangka Semerak - Perasmian Pintu Gerbang

Wat Nangka Semerak
Semerak, Kelantan.

AJK Wat menjemput semua umat Buddhist dari seluruh Kelantan
menghadiri Upacara Perasmian Pintu Gerbang yang akan diadakan
seperti berikut :-

6 Mei 2011 -Perasmian Pintu Gerbang dan perarakan sarira

Semoga dengan kehadiran semua umat Buddhist sambil berdana
akan menjayakan projek ini.

Sadhu..........

Saturday, October 23, 2010

Lawatan Dato Donald Lim Ke Wat Salawanothayan

a. WAT SALAWANOTHAYAN Batu Jong Kuala Krai Kel.
 

22 Oktober 2010 - YB Dato Donald Lim, Tim. Menteri Kewangan telah mengadakan lawatan ke Upacara Tamat Vassa wat ini, beliau telah sempat beramah mesra dengan para hadirin serta telah bersetuju untuk memberi sumbangan bagi pembangunan wat ini. Dalam ucapannya beliau telah menyentuh tentang kepentingan institusi keagamaan dalam menangani gejala sosial. Rakyat dapat hidup dengan aman damai dan pihak Kerajaan pula sentiasa mencari rakan perniagaan dari luar untuk memajukan industri dan ekport hasil penduduk kampong seperti getah.