Monday, October 04, 2010

Pengenalan Wat Salawanothayan Bt Jong

Wat Salawanothayan
Kampong Batu Jong
18000 Kuala Krai
KELANTAN
Phrak Khru Phiphatathakit
(Than Neang)
 
Sejarah Wat.

Penyerahan Tanah Kepada Than Dee
Sebidang tanah diserah kepada Than Dee Bukit Tanah
untuk pembinaan sala Buddhist untuk Kg Batu Jong.
Tanah tersebut terletak tepi jalan ketanah pekuburan Islam
dijalan Kampong Cina Batu Jong. Tanah tersebut
didapati tak sesuai kerana senang dilanda banjir.

Setelah perbincangan dan tinjauan  diadakan didapati
En. Tan Bak Lim bersetuju untuk menjual tanahnya
seluas 1 ekar untuk pembinaan sala tersebut.

Berikutan dari itu satu kelas pertama pembelajaran
parita chanting telah di adakan di Rumah Puan
Chai Som dan Ebeng di kedai Batu Jong. Kelas ini di pimpin
oleh Uncle Wee Kock Seng dan Untie Kang dibawah seliaan
Than Thit. Kelas yang berikutnya di adakan di Dewan MCA Bt Jong.
(kini Uncle Bhante)

Mesyuarat Pembinaan Wat
25 Jun 2004 - Dewan MCA Bt Jong.
Dihadiri oleh Than Neang, Than Thit, Than Khom.
Perlantikan Encik Hong Teng Hai sebagai Pengurusi
Jawatankuasa wat.

Mesyuarat Upacara Pecah Tanah
5.10.2004 - Dewan MCA Bt Jong.

Mula di bina :
13 Mei 2005  Letak batu asas
Chief Abbot
Phra Khru Phiphatathakit 
(Than Neang)
        

Keluasan :      2. 5 ekar
{beli dari Tan Bak Lin              1.5 ekar}    Hasil sumbangan orang awam
{beli dari Thiyun Thian Po      0.5 ekar}    Hasil sumbangan orang awam
{derma dari Thiyun Thian Po 0.5 ekar}   

Persekitaran  :
Keliling ladang kelapa sawit dan getah.
Lereng bukit - pemandangan sekeliling bukit

Lokasi :
Kampong Batu Jong - Jln Kuala Krai-Machang-Kota Bharu.
9 km dari Kuala Krai.
Jalan Depan Kem PLKN Batu Jong terus ke Wat Salawanothayan.


Keretapi :
Dengan keretapi lokal dari Tumpat atau Gua Musang anda boleh turun
di Slow Sg Nal (Bt Jong). Sekiranya anda menaiki keretapi Ekpress dari
Johor Bharu atau dari Kuala Lumpur ke Tumpat anda boleh turun di
Station Keretapi Kuala Krai dan mengambil teksi ke Wat Salawanothayan
Batu Jong. Anda boleh berpandukan arah ke Kem PLKN Batu Jong.

Motokar :
  a.Dari Kuala Lumpur/G Musang/K.Krai
     Dari K Krai (selepas Caltex B Jong) belok ke kiri ikut Jln ke PLKN
     di PLKN anda belok ke kiri terus sehingga Wat Salawanothayan.
  b.Dari Kota Bharu/Machang
     Dari Kota Bharu atau Machang, anda akan jumpa
     Jambatan Gantung, selepas itu belok ke kanan sehingga
     ke Kem PLKN dan ke kiri terus ke Wat Salawanothayan

Kemudahan :
  • Dewan Dhamma (Dhamma Sala)            
  • Dewan Kursus Dhamma
  • Khuti Phrak 6 buah
  • Dewan makan phrak
  • Dewan makan umum
  • Dewan Kursus (dalam pembinaan)
  • Tandas awam
  • Tandas phrak
  • Letrik dan air
  • Jalan tar dari jalan utama ke wat

Ressi Rupa
Aktiviti Harian :

Dana Pagi 7.30 pagi .
Dana tengah hari 11.00tgh
Morning and evening chanting



Ativiti Semasa :

a. Perayaan Phapa Selesai Vassa
    Aktiviti : Dana makanan kepada phrak sangha (sai bat) dan
    pemindahan pahala kepada sanak saudara meninggal dunia.
    Semoga mereka yang telah pergi mendahului kita dapat hasil
    pahala dari kebajikan yang telah lakukan dengan hati dan niat
    yang ikhlas.
                       * Rujuk Page  Tamat Vassa.

 b. Dana Tahun Baru China
Dewan Makan & Khuti Sangha
     Upacara Sai Bath akan diadakan pada hari pertama
     Tahun Baru China pada jam 10.00 pagi dan di ikuti dgn
      bacaan Paritta Keberkatan oleh Phrak Sangha yang hadir.

c. Chanting Untuk Upacara Kegembiraan 
      dana upacara naik rumah baru, buka perniagaan, hari jadi,
      perkahwinan dan lain-lain.

d. Chanting Untuk Upacara Kedukaan
      dana ditempat kematian, 7 hari kematian, 100 hari
      dan lain-lain.               

Tahunan:
Khuti Sangha
  • Magha Puja - Februari
  • Visakha Puja - April/Mei
  • Asalha Puja - Julai
  • Khao Phanssa - Julai
  • Okphanssa - Oktober

Dalam pembangunan:

Model Rupa Parinibbana Buddha
a.Rupa Parrinibana Buddha
      - Perletakan Batu Asas 12-14 Mei 2005
      - Permulaan Kerja 17 Mei 2010
      - kemajuan   40 %  November 2010
                            60 %  Februari     2011
 b.keperluan:
   i.kos buruh - kewangan
  ii.bahan eg. bata semen pasir batu besi cat.

 c.Bangunan Dewan Kursus
    - Perasmian Tapak Bangunan 16 Jun 2006.
    - kemajuan 60 %.
    - Dewan makan umum dibawah
    - Dewan kursus ditingkat satu
Dewan Kursus Dhamma
    - Dewan Meditation tingkat dua   
      (cadangan -
      atas berbumbung belum bina).
 keperluan:
    a.cat asas dan cat warna
    b.pendawaian letrik dan peralatan

Penghargaan:
     Pihak pengurusan wat mengucapkan
     ribuan terima kasih diatas sumbangan
     dari pelbagai pihak dalam bentuk kewangan, bahan-bahan, tenaga dan
     buah fikiran untuk pembangunan wat ini.


Dari Jalan Masok Ke Wat
Pemandangan Sekitar
Wat Salawanothayan



6 Jun 2011








Tanda Batu Asas Wat

No comments: