Monday, October 04, 2010

Aktiviti Harian Wat Salawanothayan

Aktiviti :

Evening Chanting
 Dana Pagi 7.30 pagi                     
Dana tengahari 11.00tgh
Morning and evening chanting

Tahunan:
  • Magha Puja - Februari
    Magha Puja adalah Hari Perayaan pada bulan purnama di Bulan Magha yang mana Perjumpaan diantara Buddha dengan 1250 orang bikkhu sangha yang telah mencapai Arahant dengan tanpa diundang dan Buddha telah melakukan visuddhi-uposatha dengan menyampaikan Ovadapatimokkha di Veluvana Arama. Perayaan itu kini dirayakan sebagai mengenangkan Buddha walaupun telah lama parinibbana, melalui sifat-sifat mulia beliau dan dihayati oleh umat kini.
    Semoga kami sejahtera dan berbahagia.
         
  • Visakha Puja - April/Mei
    Pada purnama Wesak terdapat peristiwa penting
    a. Kelahiran Buddha
    b. Buddha telah mencapai Pencerahan Sempurna
    c. Kemangkatan - parinibbana Buddha

    Dengan memperingati dan menghayati sifat-sifat mulia dan dhamma Buddha serta amalan dhamma semoga kami sejahtera dan berbahagia.
  • Asalha Puja - Julai
    Pada hari bulan purnama Bulan Asalha di Hutan Isipatana Migadaya, Buddha telah menyampaikan kotbah pertama - Dhammacakkam menghuraikan tentang Empat Kebenaran Mulia kepada bikkhu Pancavaggiya. Ven Anna Kondanna dapat memahami bahawa "Segala sesuatu yang muncul adalah kerana pergabungan faktor pembentuk seharusnya mengalami kehancuran". Ia adalah sangha yang pertama. Dengan memperingati dan menghayati peristiwa ini dan sifat-sifat mulia Buddha, semoga kami sejahtera dan berbahagia.
  • Khao Phanssa - Julai
  • Okphanssa - Oktober
    
    KHUN HEE & LUANG SEMAI
    
    PHRAK VASSA 2005
    
    Permulaan vassa sehingga tamat vassa. Kelazimannya waktu ini adalah musim hujan. Para bhikkhu sangha perlu menumpukan perhatian kepada dhamma-vinaya dengan menyelidiki dhamma-vinaya serta hal yang berkaitan dengan agama seperti mengajar umat membaca kitab suci atau latihan meditasi. Selepas vassa para umat akan memberi dana berupa jubah dan keperluan sebagai dana vassa.

No comments:

Post a Comment