Tuesday, October 05, 2010

Cerita ayam dan itik

Cerita ayam dan itik
Dua orang sahabat dalam perjalanan, mereka ternampak seekor itik dan seekor ayam sedang mencari makanan. A lihat berfikir "Alangkah baik sekiranya itik itu menjadi ayam  atau ayam menjadi  itik  dapatlah  mereka bergerak dan cari makan dengan cara yang sama". B lihat berfikir "Biarkan itik cara itik dan ayam cara ayam."

Itulah hakikat kehidupan ini. Penderitaan dan kebahagiaan seseorang itu tidak sama. Siapa yang tentukan? Anda sendiri yang membuat pilihan semasa anda melakukan kamma. Bagaimana orang lain boleh mengubahnya?   Bagaimana anda nak mengubah ayam menjadi itik? Kegelapan batin (avijja) kita tidak mengerti  apakah  perbuatan itu hasil dari  Lobha Dosa Moha yang timbul. Perbuatan  kita  mencipta kamma  dan  kamma itu  akan  mencipta  di mana kelahiran kita seterusnya.


Renungkan:
  1. Apakah kita boleh mengubahnya pada saat dalam perjalanan kita itu? Kita patut merenung dan sedar bahawa fikiran kita memikirkan hal yang diluar dari perbuatan kita pada masa itu ia itu perjalanan.
  2. Ayam telur sebiji riuh sekampong, itik dalam diam dah bertelur sebakul.
  3. Renung dalam fikiran kita "Apa sifat diri ini dalam kedua-dua hal ini?"

Sadhu sadhu sadhu !!!

No comments:

Post a Comment