Wednesday, November 13, 2013

Jemputan Phapa 2013, Wat Salawanothayan

Pha Pa 2013


Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Wat Salawanothayan, Batu Jong akan mengadakan perayaan Pha pa 2013 seperti berikut:-

Hari Letak Kerja 
Pada: 14 November 2013 


Hari Perayaan Phapa
Pada: 15 
November 2013 


Hari Penutup - Tak bat
Pada: 16 November 2013

Semoga pahala yang akan kita lakukan ini akan dapat dinikmati oleh mereka
yang memerlukannya.

Pha pa ini sebenarnya mengenang kembali zaman Buddha dulu, dimana amat sukar
untuk mendapatkan kain jubah ( chivon). Kain ini adalah kain pamsekula (kain
pembalut mayat) untuk dijadikan kain jubah. Kemudian apabila telah timbul
kesadaran dikalangan umat Buddhist mereka akan meletak kain tempat yang 
disimbolik sebagai hutan selaras dengan perkataan Pha Pa ( kain dihutan).
Tujuan utama untuk memberi dana kepada bhikkhu selepas tamat vassa dan 
kesempatan ini diambil tujuan mengumpul dana untuk pelbagai tujuan pembangunan 
wat atau vihara tetapi sekarang majlis pha pa diadakan beberapa kali setahun.

Berdana biarlah bersesuaian dengan kemampuan anda supaya ia tidak menimbulkan
beban kepada penderma itu sendiri. Berdana dengan seiklas yang mungkin supaya
anda mendapat pahala yang bersih selepas itu kongsikan dengan semua sanak
saudara yang telah meninggal dan kepada semua makhluk.




Sadhu..............

Persediaan Upacara Phapa 2013

Kerja- kerja di dapur




Kerja menghias laman Wat