Sunday, April 15, 2012

Perkembangan Pembinaan Rupa Buddha

WAT SALAWANOTHAYAN DI INDIA

DI INDIA
dan
DI BATU JONG KUALA KRAI KELANTAN MALAYSIA




Perkembangan Pembinaan  Reclining Buddha di Wat Salawanothayan, Batu Jong, Kuala Krai.



 
Kerangka Besi Bumbung -Januari 2017

 
A Cheem semasa perletakan batu asas Reclining Buddharupa 2005.

Ini gambaran Buddharupa yang perlu kita hayati -peristiwa yang selaras dengan 
Ajaran Buddha kepada kita. Inilah sifat Anicca (tidak kekal) yang perlu kita
renungkan. Rupa kita sentiasa berubah - dari rupa muda kepada rupa tua.
Kita semua sentiasa mengalami ciri ciri tersebut. Tidak kekal muda. Setiap hari 
usia kita bertambah dan akan menghadapi kematian. Kita perlu sedar dan tanyalah diri
kita sudah berapa persiapan yang kita buat untuk menghadapi kematian. Sebelum
itu apakah kita sedar penderita atau penolakan minda kita pada setiap yang berlaku
pada kita. Apakah sebab ini berlaku ? Apakah kita sedar keegoan yang ada dalam
minda kita ini yang mengikat kita kepada keakuan atau milik aku. Cubalah renungkan
dimana kita sekarang?

1.Apakah dana yang telah kita lakukan? Apakah ia diberi dengan fikiran yang bersih?
   Apakah kita sedar ikra yang kita lakukan. Dengan dana ku yang bersih in.......
   (Asavakayavaham...)

2.Apakah sila kita penuh atau bersih.........

3.Apakah kita sedang mengenalpasti fikiran kita sekarang ? 
   Apakah timbul ciri ciri dosa (penolakan/kebencian).......

Penghormatan dengan merenung pada diri kita. Apakah kita telah menghayati
Ajaran sebenar yang telah dihuraikan oleh Buddha. 
Bagaimankah tahap keyakinan kita pada Buddha Dhamma Sangha.
Selidik lah fikiran kita tentang perkataan keyakinan ini. Sabda Buddha
bahawa mereka yang mempunyai keyakinan pada ajarannya tidak akan mencari
perlindungan diluar dari Buddha Dhamma Sangha. Renungkan.......