Friday, February 15, 2019

Petikan dari ANGUTTARA NIKAYA - tentang dana dan pemindahan pahala.

petikan dari buku kelompok 10 - Sutta No. 177 (11) Janussoni.

Janussoni bertanya kepada Buddha:
Guru Gotama, kami para brahmana memberi pemberian dan melakukan
ritual peringatan bagi yang telah mati dengan niat ``Semoga pemberian
kami bermanfaat bagi sanak saudara dan anggota keluarga kami yang
telah meninggal?. Dapatkah sanak saudara dan anggota kami yang telah
meninggal dunia benar benar menikmati pemberian kami?

Jawapan Buddha:
Pada kesempatan yang tepat dan bukan pada kesempatan yang tidak tepat

1.seseorang yang:
    a.membunuh,
    b.mengambil apa yang tidak diberi
    c.melakukan hubungan seksual yang salah
    d.berbohong
    e.mengucapkan katakata memecah belah
    f.mengucap kata kata kasar
    g.bergosip
    h.penuh keinginan
    i.memiliki pikiran berniat buruk.
    j.menganut pandangan salah.

    Selepas kematiannya ia memelihara dirinya dan bertahan disana
    dengan betahan  disana dengan makanan makhluk makhluk neraka.
    Inilah kesempatan tidak tepat dan ketika pemberian tidak bermanfaat
    bagi orang yang hidup disana.

2.Seseorang yang.....
   setelah kematian terlahir kembali dialam binatang. Memelihara diri
   dengan makanan binatang dan pemberian tidak tepat dan tidak 
   bermaanfat.

3.Seseorang yang menhindari.......
   terlahir kembali dialam manusia dengan makanan manusia.
   Ia juga pemberian yang tidak tepat dan tidak bermanfaat.

4.Seseorang yang menghidari..........
   terlahir kembali dialam deva dengan makanan deva. Ia juga pemberian
   yang  tidak tepat dan tidak bermafaat.
 
5.Seseorang yang.....................
   terlahir kembali dialam hantu menderita dengan makanan hantu menderita
   dan apa yang teman,sahabat, sanak saudara atau anggota keluarga didunia ini
   persembahkan kepadanya.Ia adalah persembahan yang tepat dan 
   pemberian  itu bermanfaat kepadanya.

6.Tidak mungkin tiada sanak saudara yang meninggal   menjadi hantu dan ia
   bermanfaat juga kepada pemberi itu sendiri.

7. Kalau berdana tetapi tidak menghindari......
    Akan terlahir sebagai gajah, kuda, lembu, anjing yang menikmati makanan ,
    minuman, dan keperluan.

Oleh itu untuk mendapat pengtahuan yang lebih lanjut, rujuklah sutta ini
seterusnya.Semoga anda akan memahami lebih jelas lagi betapa penting nya
mencapai  Pandangan benar. Iaitu jalan petama yang harus dilalui dalam
Jalan 8 faktor mencapai pembebasan. Perhatikanlah 10 kusala dan 10 akusala itu.

Intisari Ajaran Buddha

Manusia akan alami proses penghidupan:

Anicca :   Tidak kekal

Dukkha : Ketidak capaian yang diingini.

Anatta :   Tiada sesuatu pun yang dikatakan aku pada jasad dan minda ini.

Apa yang tidak kekal?
Bermula dengan kelahiran, akan tua (maksudnya setiap saat,setiap hari akan bertambah)
akan sakit, dan mati. Sentiasa berubah dan akan menyebabkan kita kecewa kerana apa yang
kita miliki (apa jua, harta, kejayaan, perasaan, dan macam macam lagi).

Kenapa dukkha?
Semuanya sentiasa berubah - fizikal, perasaan, harta, Kepuasan sentiasa tidak terpenuhi.

Kenapa Anatta ?
Semuanya tidak terkawal sentiasa berubah. Bukan aku kerana jasad dan minda ini tidak
dapat dikawal supaya tidak tua, minda. perasaan supaya tidak timbul yang duka,tetapi
tetap timbul.

Jalan Tengah (sederhana).
Supaya kita tidak terlalu kecewa, Buddha mengajar supaya kita menjalani kehidupan
yang sederhana. Ia itu bertolak ansur dengan masyarakat sekitar kita. menjalani pekerjaan
yang tidak menimbulkan kesusahan kepada diri sendiri dan oarang lain yang ada di sekitar
kita.

Perkara yang perlu dihindari

1.Ketamakan
Menjaga fikiran supaya tidak menimbulkan keinginan yang berlebihan.

2.Perbuatan Jahat
Timbul dari keinginan yang berlebihan yang menyebabkan berlaku perbuatan
yang tidak baik.

3.Kegelapan minda.
Perbuatan tersebut berlaku kerana kita tidak dapat menilai yang mana baik dan
yang mana tak baik. Cuba kita tanya pada diri kita sendiri bagaimana kalau
perkara itu terjadi pada kita. Apakah kita akan bahagia atau menderita?.

Bagaimana terjadi?
Melalui 3 sumber.

1. Melalui fikiran (sebagai perancang)
    Samaada kerana ketamakan, keinginan melakukan hasil dari fahaman atau
    tanggapan yang tidak sesuai akibat dari fikiran yang gelap.

2. Melalui anggota (kaki tangan)
    Berlaku hasil dari perancang fikiran sama ada betul atau salah maka terjadilah
    perbuatan baik atau buruk.

3. Melalui Percakapan.
    Juga hasil dari perancangan fikiran. akibat nya sama seperti melalui anggota.

Perbuatan Kusala (baik)
10 perkara

3 melalui minda
3 melalui badan
4 melalui mulut

Perbuatan Akusala (tak baik)

3 melalui minda
   a.Fikiran tamak
   b.Fikiran / niat jahat @ kebencian
   c.Fikiran kekejaman

3 melalui badan
   a.Pembunuhan @ menyakiti
   b.Mengambil barang yang tidak diberi
   c.Perbuatan sexual yang salah

4 melalui mulut.
   a.Ucapan bohong
   b.Ucapan fitnah @ memecah belah berasas kebencian
   c.Ucapan yang kasar
   d.Ucapan kosong @ tiada faedah

Cara mengatasi
Buddha mengesyorkan 8 jalan ariya yang harus dicapai
1.Pandangan benar
2.Fikiran benar
3.Ucapan benar
4.Perbuatan atau tindakan benar
5.Mata pencarian benar
6.Usaha benar
7.Perhatian benar
8.Konsenterasi benar.

Seseorang harus berusaha untuk mencapai Pandangan Benar sebagai
pengemudian jalan yang lain kearah jalan yang dicadangkan oleh Buddha.

Anda dapat merujuk kepada Kitab Suci Buddhist:
1.Anguttara Nikaya
2.Samyutta Nikaya
3.Majjhima Nikaya
4.Digha Nikaya
5.Khuddhaka Nikaya.