Pha Pa 2013
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Wat Salawanothayan, Batu Jong akan mengadakan perayaan Pha pa 2013 seperti berikut:-
Hari Letak Kerja
Pada: 14 November 2013
Hari Perayaan Phapa
Pada: 15 November 2013
Hari Penutup - Tak bat
Pada: 16 November 2013
Semoga pahala yang akan kita lakukan ini akan dapat dinikmati oleh mereka
yang memerlukannya.
Pha pa ini sebenarnya mengenang kembali zaman Buddha dulu, dimana amat sukar
untuk mendapatkan kain jubah ( chivon). Kain ini adalah kain pamsekula (kain
pembalut mayat) untuk dijadikan kain jubah. Kemudian apabila telah timbul
kesadaran dikalangan umat Buddhist mereka akan meletak kain tempat yang
disimbolik sebagai hutan selaras dengan perkataan Pha Pa ( kain dihutan).
Tujuan utama untuk memberi dana kepada bhikkhu selepas tamat vassa dan
kesempatan ini diambil tujuan mengumpul dana untuk pelbagai tujuan pembangunan
wat atau vihara tetapi sekarang majlis pha pa diadakan beberapa kali setahun.
Berdana biarlah bersesuaian dengan kemampuan anda supaya ia tidak menimbulkan
beban kepada penderma itu sendiri. Berdana dengan seiklas yang mungkin supaya
anda mendapat pahala yang bersih selepas itu kongsikan dengan semua sanak
saudara yang telah meninggal dan kepada semua makhluk.
Sadhu..............