(V) "MINDFULNESS" TERHADAP PERASAAN DAN KEADAAN MENTAL DALAM KEHIDUPAN SEHARI-HARIAN (LATIHAN TAFAKUR VIPASSANA YANG MUDAH)
Kesesuaian : Pada kehidupan sehari-harian, tafakur ini hanya dapat diamalkan oleh mereka yang telah memajukan serba sedikit daya penumpuan dan juga sedia hendak memperkembangkan "mindfulness". la adalah sesuai untuk semua tidak kira sifat pembawaannya. la adalah sesuai terutamanya untuk mengatasi perasaan muram, kegelisahan, ketakutan, kemasyghulan, kedukaan dan banyak lagi perasaan yang mengakibatkan keadaan mental yang negatif.
Tujuan utama :
Untuk memperkembangkan daya untuk mengenali keadaan-keadaan fikiran, perasaan dan keadaan mental demi mengawalnya
.Cara-cara :
a) Mengenali kesemua perasaan sebagai salah satu daripada tiga jenis umum ini :-
I. menyeronokkan
II. tidak menyeronokkan
III. bukan menyeronokkan dan bukan tidak menyeronokkan.
Mengenali dengan "Perasaan menyeronokkan, perasaan menyeronokkan, perasaan menyeronokkan", kemudian beralih ke pernafasan. Dengan cara yang sama, mengenali perasaan yang tidak menyeronokkan dan perasaan yang bukan menyeronokkan dan bukan tidak menyeronokan:-
b) Mengenali keadaan mental yang negatif dan sakit seperti :
perasaan muram,
kegelisahan,
kemasyghulan,
kesedihan dan sebagainya dengan
"muram, muram, muram",
"gelisah, gelisah, gelisah",
"masyghul, masyghul, masyghul",
"duka, duka, duka",
"sedih, sedih, sedih", dan seterusnya.
Kemudian beralih perhatian kepada pernafasan.
Perasaan dan keadaan mental timbul akibat daripada reaksi-reaksi yang tidak dikawal sebaik sahaja adanya perhubungan di antara organ-organ deria dengan benda-benda deria :
mata dengan benda ternampak,
lidah dengan bunyi,
hidung dengan bau,
badan dengan sentuhan,
ingatan (mind) dengan fikiran, pendapat dengan khayalan.
"Mind" yang tidak dilatih mempunyai kecenderungan yang semula jadi untuk mengenangkan dan memikirkan perasaan dan keadaan mental ini, maka ia terus mengalami benda-benda ini.
Latihan Vipassana yang mudah ini mengalihkan benda-benda renungan atau pemikiran daripada perasaan dan keadaan mental ke perkataan-perkataan muram, muram, muram; sedih, sedih, sedih; dan lain-lain. "Mind" itu dialihkan daripada benda yang kurang sihat. Dengan ini, perasaan dan keadaan mental yang berbahaya ini dapat dikawal dengan mudahnya.
No comments:
Post a Comment