(I) "Mindfulness of Walking" (Kesedaran Proses Berjalan)
Kesesuaian : Sesuai untuk semua tidak kira sifat pembawaan mereka.
Tujuan-tujuan utama :
a) Untuk menenangkan fikiran sebelum mempraktikkan cara tafakur yang lain.
b) Untuk menyediakan suatu pertukaran dan suatu penggantian selepas bertafakur dalam gaya duduk selama jangka masa yang panjang.
Cara-cara :
o Berdiri tegak dengan tumit kedua kaki bersama. Menyedarkan diri dengan keadaan berdiri dengan mengatakan secara mental "berdiri, berdiri, berdiri."
o Mula berjalan perlahan-lahan dengan menumpukan perhatian kepada tumit kaki kanan. Mengenali proses mengangkat kaki kanan dengan mengatakan secara mental "mengangkat, mengangkat, mengangkat."
o Menolakkan kaki itu ke depan, mengenali dengan "menolak, menolak, menolak."
o Menurunkan kaki itu ke atas lantai, mengenali dengan "meletak, meletak, meletak."
o Ulang seperti cara-cara di atas untuk kaki kiri, kemudian kaki kanan dan seterusnya sehingga sampai ke akhir tempat yang disediakan untuk berjalan.
o Berhenti dengan menempatkan kedua kaki bersama dalam gaya berdiri. Mengenali dengan "berdiri, berdiri, berdiri."
o Apabila anda berpusing di atas tumit kanan dalam arah mengikut jam, mengenalinya dengan "berpusing, berpusing, berpusing." Apabila selesai pusingan, mengenali dengan "berdiri, berdiri, berdiri." Kemudian mula berjalan sekali lagi.
o Gerakan kaki seharusnya diteliti dengan otak (mind).
o Gangguan-gangguan yang paling biasa semasa berjalan merupakan bunyi-bunyian dan fikiran yang mengalih ke perkara-perkara lain
o Mengenali gangguan-gangguan. Bagi bunyi-bunyian, jangan memberi perhatian kepada bunyi sebaliknya kepada telinga-telinga anda dan mengatakan secara mental, "mendengar, mendengar, mendengar."
o Mengenali fikiran yang merayau ke sana-sini dengan mengatakan secara mental "merayau, merayau, merayau".
o Buat latihan ini selama 5 hingga 30 minit.
Faedah-faedah lain :
Langkah pertama dalam memperoleh kesedaran yang lebih dalam ke atas aktiviti-aktiviti mental
dan fizikal itu. Daya penelitian diperkuatkan.
Dengan secara langsung, muncul kesedaran ke atas ciri pertama daripada tiga ciri seluruh bendaan,
iaitu ‘Anicca’ atau ketidakkekalan. Gerakan kaki-kaki adalah tidak kekal, ia diangkat diikuti dengan
ditolak dan diletak serta seterusnya.
No comments:
Post a Comment