Monday, May 23, 2011

Bhavana - Persediaan Meditation Anda

MEMPERKENALKAN TAFAKUR (MEDITATION) UNTUK

PELAJAR-PELAJAR BARU
OLEH SIM MIW ING
MATLAMAT
1.         Untuk memperkenalkan teknik bertafakur yang mudah, sesuai untuk 
       mereka yang baru menjejak ke dalam   bidang ini.
2.         Untuk memperkenalkan mereka daya penumpuan (concentration
       supaya dapat bermanfaat  dari kursus intensif yang dianjurkan 
       di tempat lain.
3.        Untuk menolong mereka memperkembangkan kemampuan mereka 
       untuk menolong diri sendiri dalam mengatasi masalah-masalah 
       psikologinya dan emosi.
4.      Untuk menolong mereka membina toleransi (tolak-ansur), ketenangan 
      dan harmoni dalam hubungan sosial mereka.
5.      Dengan penuh harapan, mereka yang mengamalkan tafakur ini 
      akan mengalami kesan serba baik dan membina suatu minat untuk 
      menyiasat Dharma dengan lebih semangat.
 CARA-CARA
1.    Peraturan :—
a)    berpakaian longgar.
b)    peserta wanita dilarang menggunakan minyak wangi.
c)    dilarang merokok.
d)        dilarang bercakap lebih daripada perlu.
e)        pelajar-pelajar digalakkan membaca dengan lebih luas lagi dalam bidang tafakur.
 2.       Pelajar-pelajar digalakkan bertafakur di rumah mereka sendiri tiap-tiap hari.
 3.       Jenis tafakur yang diperkenalkan ialah :—
a)       Kesedaran proses berjalan.
b)       Metta Bhavana - Tafakur atas Metta. (Loving-kindness).  
c)       Anapanasati - Tafakur atas pernafasan.
d)       Tafakur atas 32 bahagian badan.
e)       Kesedaran perasaan dan keadaan mental. 
       (kesedaraan - mindfulness)
            Adalah terpulang kepada pelajar untuk memilih cara yang 
            paling sesuai untuknya.
 4.     Dengan cara ini diharapkan kita akan menghasilkan pelajar-pelajar untuk 
      memperkenalkan  perkhidmatan ini sebagai bahagian daripada kerja 
      penyebaran agama ini di lain-lain tempat di negara ini pada masa depan.
 5.    Mereka yang ada pengalaman dalam tafakur adalah digalakkan untuk 
      menyumbang perkhidmatan mereka dengan sukarela sebagai 
      "Lay Tutors", demi lebih ramai lagi pelajar baru dapat dibimbing.

 PERSEDIAAN UNTUK TAFAKUR
MEMILIH SUATU TEMPAT
Jika anda seorang pelajar baru, adalah lebih sesuai 
jika anda memilih satu tempat yang sunyi. Dengan 
majunya tafakur anda, anda boleh mempraktiknya 
di mana-mana saja. Sungguhpun demikian, tempat 
yang sunyi adalah lebih sesuai dan diingini.
MEMILIH SUATU MASA
Tafakur harus dipraktikkan setiap hari. Bila-bila masa 
pun sesuai, walaupun begitu, awal pagi dan masa 
sebelum tidur adalah paling sesuai.
 GURU TAFAKUR
Sungguhpun seorang guru yang berkelayakan adalah 
pandu yang paling baik, sahabat yang berpengalaman 
dan sudi menerangkan cara-cara tafakur juga adalah 
sesuai. Buku-buku dan risalah-risalah boleh memberi 
panduan tetapi anda dinasihatkan mempelajari 
tafakur di bawah seorang guru yang sebaik sahaja 
dan peluangnya.
GAYA DUDUK
Gaya yang paling baik merupakan kedudukan bunga 
teratai (full lotus position) atau setengah bunga teratai 
(half lotus position). Jika didapati sukar berbuat 
demikian, duduk tegak atas kerusi yang sesuai. 
Rehatkan kaki atas lantai supaya tidak mengalami 
sebarang ketegangan. Jaga badan anda tegak, 
supaya dapat berada dalam keadaan stabil, tidak 
kaku atau tegang. Jika leher dan saraf tunjang 
tidak tegak, anda mungkin berasa kesakitan selepas 
beberapa minit.

Berikut diberi petunjuk bagaimana anda dapat melatih 
diri anda dalam gaya kedudukan bunga teratai ini :—

Duduk di atas lantai. Luruskan kaki kanan, bengkok 
kaki kiri dan letakkannya di atas paha kanan. 
Dengan perlahan-lahan tekan paha kiri hingga lutut 
kiri menyentuh lantai. Lepas itu, luruskan kaki kiri, 
bengkok kaki kanan. Letakkannya ke atas paha 
kiri dan dengan perlahan-lahan tekan paha kanan 
hingga lutut kanan menyentuh lantai.

Lakukan latihan ini untuk beberapa minit sehari 
sehingga anda dapat duduk dengan lega gaya 
bunga teratai ini.

Pertama sekali, demi menenangkan din dan untuk perlindungan dan kegentaran semasa bertafakur di tempat-tempat yang gelap dan sunyi sepi, bacalah "Salutation to the Buddha" (Salam kepada Buddha), 'Taking of Refuge in the Triple Gem", "Taking of Five Precepts" dan "The Salutations to the Buddha, the Dhamma and the Sangha." (Rujuk kepada "RECOLLECTION" buku panduan untuk "chanting" oleh Ven. Bhikkhu Khantipalo atau buku panduan yang lain.

Bhavana Atas Perasaan Dan Keadaan Mental

(V)  "MINDFULNESS" TERHADAP PERASAAN DAN KEADAAN MENTAL DALAM KEHIDUPAN SEHARI-HARIAN (LATIHAN TAFAKUR VIPASSANA YANG MUDAH)

Kesesuaian :     Pada kehidupan sehari-harian, tafakur ini hanya dapat diamalkan oleh mereka yang telah memajukan serba sedikit daya penumpuan dan juga sedia hendak memperkembangkan "mindfulness". la adalah sesuai untuk semua tidak kira sifat pembawaannya. la adalah sesuai terutamanya untuk mengatasi perasaan muram, kegelisahan, ketakutan, kemasyghulan, kedukaan dan banyak lagi perasaan yang mengakibatkan keadaan mental yang negatif.
 Tujuan utama :
Untuk memperkembangkan daya untuk mengenali keadaan-keadaan fikiran, perasaan dan keadaan mental demi mengawalnya
.Cara-cara :
a)       Mengenali kesemua perasaan sebagai salah satu daripada tiga jenis umum ini :-
                                I.      menyeronokkan
                               II.      tidak menyeronokkan
                             III.      bukan menyeronokkan dan bukan tidak menyeronokkan.
 Mengenali dengan "Perasaan menyeronokkan, perasaan menyeronokkan, perasaan menyeronokkan", kemudian beralih ke pernafasan. Dengan cara yang sama, mengenali perasaan yang tidak menyeronokkan dan perasaan yang bukan menyeronokkan dan bukan tidak menyeronokan:-

b)       Mengenali keadaan mental yang negatif dan sakit seperti :
perasaan muram,
kegelisahan,
kemasyghulan,
kesedihan dan sebagainya dengan
"muram, muram, muram",
"gelisah, gelisah, gelisah",
"masyghul, masyghul, masyghul",         
"duka, duka, duka",
"sedih, sedih, sedih", dan seterusnya.
Kemudian beralih perhatian kepada pernafasan.

Perasaan dan keadaan mental timbul akibat daripada reaksi-reaksi yang tidak dikawal sebaik sahaja adanya perhubungan di antara organ-organ deria dengan benda-benda deria :

mata dengan benda ternampak,
lidah dengan bunyi,
hidung dengan bau,
badan dengan sentuhan,
ingatan (mind) dengan fikiran, pendapat dengan khayalan.

"Mind" yang tidak dilatih mempunyai kecenderungan yang semula jadi untuk mengenangkan dan memikirkan perasaan dan keadaan mental ini, maka ia terus mengalami benda-benda ini.

Latihan Vipassana yang mudah ini mengalihkan benda-benda renungan atau pemikiran daripada perasaan dan keadaan mental ke perkataan-perkataan muram, muram, muram; sedih, sedih, sedih; dan lain-lain. "Mind" itu dialihkan daripada benda yang kurang sihat. Dengan ini, perasaan dan keadaan mental yang berbahaya ini dapat dikawal dengan mudahnya.

Bhavana Atas Badan

IV) TAFAKUR ATAS 32 BAHAGIAN BADAN

Kesesuaian : Sesuai untuk kebanyakan orang, terutamanya untuk mereka yang penuh berani (lustful).
 Tujuan utama :
a)       Untuk mengatasi pemikiran yang penuh berahi dan perikatan yang kuat kepada badan fizikal itu.
Cara-cara :
Duduk dengan lega dan baca seperti berikut :
Badan ini dari atas kepala ke tapak kaki adalah penuh dengan kekotoran. Mereka adalah :
(1  -  5)               Rambut, kepala, bulu badan, kuku, gigi, kulit;
(6  - 10)               Urat, otot, tulang, tulang sumsum, buah pinggang;
(11 - 15)              Jantung, hati, sekat rongga badan, limpa, paru-paru;
(16 - 20)              Usus, mesenteri (usus kecil), perut, najis, otak;
(21 - 26)              Hempedu, air penghadaman, nanah, darah, lemak, minyak;
(27 - 32)              Air mata, peluh, air liur, lendir hidung, minyak sendi, kencing.

Apabila bahagian-bahagian ini telah dihafal, bacaan boleh dibuat secara mental, dan dengan mencapainya lebih kemajuan, maka bacaan boleh diterbalikkan susunannya.
 Faedah-faedah lain:
a)       Daya menumpu dan ketenteraman mental berkembang.
b)       Pengertian yang dalam terhadap sifat badan yang sebenarnya menjijikkan ini membawa kepada suatu keinsafan atau kesedaran bahawa kecantikan dan kemolekan seseorang itu adalah di luar sahaja.
c)       Perikatan dan kebanggaan terhadap badan dikurangkan.
Perhatian :
           Kerap kali perasaan jijik yang melampau terhadap badan mungkin muncul semasa tafakur. Sebaik sahaja ini ternyata, pelajar harus beralih ke Anapanasati.
Begitulah Proses Tubuh Hancur

Bhavana Atas Nafas



(III) ANAPANASATI (TAFAKUR ATAS NAFAS)

Kesesuaian : Sesuai untuk semua orang, terutamanya mereka yang sentiasa berasa tidak tenteram.

Tujuan utama :
a)       Untuk memperkembangkan daya penumpuan yang mendalam.
b)       Untuk memperkembangkan ketenteraman mental (rohani)  dengan  mengatasi  gangguan-gangguan mental.
c)       Untuk mengatasi banyak masalah psikologi dan emosi akibat daripada kekurangan ketenteraman dan daya penumpuan, misalannya gelisah, perihal tidak dapat tidur, kebimbangan, ketakutan, kegentaran dan lain-lain.

Cara-cara :
Duduk dengan lega. Beristirahat. Bernafas dengan tenang dan bersahaja. Menumpukan segala perhatian kepada perasaan akibat sentuhan nafas ke atas lubang hidung atau kepada tempat di antara lubang-lubang hidung dengan bibir atas.

Apabila menarik nafas, mengenali proses ini dengan "menarik nafas". Apabila mengeluarkan nafas, mengenali dengan "menghembus nafas". Jika pelajar mendapati kesukaran dalam cara ini, bolehlah menggantikan pengenalan ini dengan mengira "1" apabila menarik nafas, mengira "2" apabila mengeluarkan nafas, mengira "3" apabila menarik nafas, "4" apabila mengeluarkan nafas, sedemikian sehingga "10",kemudian mula dari "I " dan seterusnya.

Dengan bertambah daya penumpuan, pengiraan itu boleh digantikan dengan "menarik nafas" dan "menghembus nafas".

Nafas mungkin dalam atau cetek, lambat ataupun cepat. Pelajar harus ikut rentak biasanya.

Latih selama 5 hingga 30 minit sehari.

Gangguan-gangguan yang paling biasa merupakan kesakitan akibat daripada duduk terlalu lama dalam suatu gaya tertentu; gatal; fikiran merayau ke perkara lain atau bunyi. Semua gangguan ini harus dikenali dengan "sakit, sakit, sakit", kemudian tukar gaya duduk itu kepada gaya yang lebih lega, atau "gatal, gatal, gatal" atau "merayau, merayau, merayau" atau apabila gangguan adalah merupakan bunyi, jangan beri perhatian kepada bunyi itu, sebaliknya kepada telinga-telinga dan mengenalinya dengan "mendengar, mendengar, mendengar".

Perhatian :
Dengan berkembangan daya penumpuan, tertimbulnya kegirangan atau kebahagiaan.  Jangan terikat kepada kegirangan ini, sebaliknya menggunakan kuasa daya penumpuan ini  untuk  memperkembangkan  "mindfulness"  terhadap aktiviti-aktiviti fizikal dan mental.

Anapanasati dan bagaimana ia dapat menolong pelajar mengatasi banyak gangguan-gangguan duniawi.

Cara yang telah diterangkan adalah untuk memperkembangkan daya penumpuan dalam latihan yang beradab. Daya menumpu ini boleh dipergunakan dalam beberapa situasi dalam kehidupan duniawi kita ini.

Misalannya :
Anda tersepit dalam suatu barisan yang panjang atau suatu kesesakan lalu lintas. Dengan menumpukan perhatian anda pada pernafasan anda dapat mengurangkan perangsangan yang mungkin timbul.

Anda berasa bosan kerana tiada pekerjaan atau apa-apa yang ingin dilakukan, atau anda mungkin berasa gelisah. Anda mungkin berasa resah atau risau semasa membuat persediaan untuk menghadapi sesuatu peperiksaan, atau anda mungkin mengalami "stage fright" semasa berpidato di hadapan orang ramai atau anda berasa gelisah apabila bertutur dengan seseorang yang terkemuka. Masalah-masalah seperti ini boleh diatasi dengan menumpukan perhatian kepada pernafasan anda.

Bhavana Atas Metta

II) Metta Bhavana (Tafakur atas Metta)

    (Meditation on Loving-Kindness).

Kesesuaian : Sesuai untuk semua orang terutamanya mereka yang selalu merengus (hot- tempered)

Tujuan utama :
a)       Untuk  mengatasi kemarahan dan kekejaman.
b) Untuk memperkembangkan Metta (Loving-Kindness) dan Karuna (belas kasihan atau compassion).

Cara-cara :
 (1) Fikirkan diri sendiri dan bacakan :
Semoga saya sihat dan bahagia,
Semoga saya bebas daripada kemarahan dan kebencian,
Semoga saya bebas daripada penderitaan jasmani dan rohani,
Semoga saya dapat mempertahankan kebahagiaan sendiri.

(2) Kemudian fikirkan ibu bapa anda dan bacakan :
Semoga kamu sihat dan bahagia,
Semoga kamu bebas daripada kemarahan dan kebencian,
Semoga kamu bebas daripada penderitaan jasmani dan rohani,
Semoga kamu dapat mempertahankan kebahagiaan kamu sendiri.

(3) Fikirkan guru-guru anda dan baca seperti (2).

(4) Fikirkan seorang sahabat dan baca seperti (2).

(5) Fikirkan semua benda hidup dan baca seperti (2).
(6) Selepas menjalankan tafakur ini untuk beberapa lama, anda fikirkan musuh-musuh anda dan  baca seperti (2).

Bacaan-bacaan ini boleh berterusan selama 5-30 minit. Baca secara lisan atau mental.

Faedah lain :  Mahaguru Buddha pernah menyebut sebelas faedah cara tafakur ini.
  1. Tidur dengan nyenyak dan tenang.
  2. Bangun dengan tenang.
  3. Bebas daripada mimpi-mimpi yang mengerikan, menakutkan atau yang tidak diingini.
  4. Disukai oleh orang lain.
  5. Bebas daripada gangguan jiwa yang jahat (evil spirits)
  6. Dipertahankan oleh jiwa baik (good spirits).
  7. Tidak mengalami kemalangan daripada api, racun dan senjata.
  8. Dapat menumpukan perhatian dengan cepat.
  9. Wajah yang ramah.
  10. Meninggal dunia dengan deria-deria di bawah pengawalan anda.
  11. Jika pelajar-pelajar tidak meningkat ke peringkat keramat (sainthood) pada akhir hidupnya ini, maka pelajar-pelajar dilahirkan di dunia Brahma. (Pure Abode).

Tafakur ini juga berguna kepada kehidupan harian dengan menolong pelajar dan orang lain untuk hidup dengan harmoni dan bahagia, iaitu memperbaiki tolak ansur dan kesabaran serta perhubungan manusia.

Perhatian :
  1. Pelajar tidak harus fikirkan seseorang daripada jantina yang berlawanan melainkan jika pelajar dapat mengasingkan apa yang dimaksudkan dengan 'metta' yang tak terhad dan 'Pema', iaitu kecintaan yang bersifat badani (carnal love) dengan pertalian terbatas.

  1. Dengan memikirkan seseorang yang telah meninggal dunia apabila membaca tidak memberi apa-apa hasil.

Tafakur atas - Karuna (belas kasihan),
   Mudita (sukacita atas kejayaan orang lain) dan
   Upekkha (ketenteraman fikiran)
juga adalah sesuai untuk pelajar-pelajar baru.

TAFAKUR ATAS KARUNA merupakan percubaan untuk mengatasi kezaliman atau kekejaman. la termasuk secara automatik dalam bacaan-bacaan yang biasa dalam Metta Bhavana, sebab yang penting dalam tafakur Karuna ini ialah bacaan : Semoga saya (atau anda) bebas daripada penderitaan.

TAFAKUR ATAS MUDITA merupakan percubaan untuk mengatasi perasaan iri hati dan untuk memperkembangkan suatu keadaan fikiran di mana seseorang dapat merasai sukacita atas kejayaan dan kegembiraan orang lain. Bacaan-bacaannya adalah berbentuk sama seperti Metta Bhavana tetapi perkataan-perkataannya mementingkan benda-benda yang mengakibatkan keseronokan duniawi :
Semoga saya dapat sentiasa menikmati kebahagiaan saya,
Semoga saya dapat sentiasa menikmati kemakmuran dan kemuliaan saya (atau benda duniawi lain),

Apabila pelajar-pelajar memikirkan mereka yang menimbulkan kecemburuan dan perasaan iri hatinya, maka "saya" digantikan dengan"anda".

TAFAKUR ATAS UPEKKHA bertujuan untuk mengatasi perasaan berat sebelah, prasangka dan memperkembangkan suatu keadaan fikiran yang seimbang yang sukar diganggu oleh lapan keadaan duniawi :

Keuntungan,
Kerugian,
Kepujian,
Kecelaan,
Kemasyhuran,
Ketidakharuman nama,
Kebahagiaan,
Kedukaan/kesedihan.

Bentuk bacaan untuk jenis tafakur ini berasaskan pada suatu kefahaman karma, iaitu segala yang terjadi ke atas setiap orang diakibat oleh diri sendiri. Kebaikan yang dinikmati oleh orang itu adalah akibat daripada sesuatu perbuatan baik yang pernah dilakukan sama ada dalam kehidupan ini atau yang lepas, manakala keburukan yang dialami pula akibat daripada sesuatu perbuatan yang buruk yang pernah dilakukannya. Bacaannya adalah seperti berikut :

Saya adalah pemilik kamma saya.
Anda adalah pemilik kamma anda.

Bhavana On Walking

(I) "Mindfulness of Walking" (Kesedaran Proses Berjalan)


Kesesuaian : Sesuai untuk semua tidak kira sifat pembawaan mereka.

Tujuan-tujuan utama :
a)      Untuk menenangkan fikiran sebelum mempraktikkan cara tafakur yang lain.
b)      Untuk menyediakan suatu pertukaran dan suatu penggantian selepas bertafakur dalam gaya duduk selama jangka masa yang panjang.

Cara-cara :
o        Berdiri tegak dengan tumit kedua kaki bersama. Menyedarkan diri dengan keadaan berdiri dengan mengatakan secara mental "berdiri, berdiri, berdiri."
o        Mula berjalan perlahan-lahan dengan menumpukan perhatian kepada tumit kaki kanan. Mengenali proses mengangkat kaki kanan dengan mengatakan secara mental "mengangkat, mengangkat, mengangkat."
o        Menolakkan kaki itu ke depan, mengenali dengan "menolak, menolak, menolak."
o        Menurunkan kaki itu ke atas lantai, mengenali dengan "meletak, meletak, meletak."
o        Ulang seperti cara-cara di atas untuk kaki kiri, kemudian kaki kanan dan seterusnya sehingga sampai ke akhir tempat yang disediakan untuk berjalan.
o        Berhenti dengan menempatkan kedua kaki bersama dalam gaya berdiri. Mengenali dengan "berdiri, berdiri, berdiri."
o        Apabila anda berpusing di atas tumit kanan dalam arah mengikut jam, mengenalinya dengan "berpusing, berpusing, berpusing." Apabila selesai pusingan, mengenali dengan "berdiri, berdiri, berdiri." Kemudian mula berjalan sekali lagi.
o        Gerakan kaki seharusnya diteliti dengan otak (mind).
o        Gangguan-gangguan yang paling biasa semasa berjalan merupakan bunyi-bunyian dan fikiran yang mengalih ke perkara-perkara lain
o        Mengenali  gangguan-gangguan.  Bagi bunyi-bunyian, jangan memberi perhatian kepada bunyi sebaliknya kepada telinga-telinga anda dan mengatakan secara mental, "mendengar, mendengar, mendengar."
o        Mengenali fikiran yang merayau ke sana-sini dengan mengatakan secara mental "merayau, merayau, merayau".
o        Buat latihan ini selama 5 hingga 30 minit.

Faedah-faedah lain :
              Langkah pertama dalam memperoleh kesedaran yang lebih dalam ke atas aktiviti-aktiviti mental  
              dan    fizikal itu.  Daya penelitian diperkuatkan.
           
             Dengan secara langsung, muncul kesedaran ke atas ciri pertama daripada tiga ciri seluruh bendaan,
             iaitu ‘Anicca’ atau ketidakkekalan.  Gerakan kaki-kaki adalah tidak kekal, ia diangkat diikuti dengan
             ditolak dan diletak serta seterusnya.

Wednesday, May 18, 2011

TANGGAPAN BUDDHISME TERHADAP BENCANA ALAM


Tanggapan Ajaran Buddha Terhadap Bencana Alam

Oleh: Willy Yandi Wijaya
         (Petikan dari Halaman Wibside : Willy Yandi Wijaya)

Bencana alam menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI) adalah bencana yang disebabkan oleh alam (seperti gempa bumi, angin besar, dan banjir). Dalam tulisan ini, penulis akan membahas tentang bencana alam yang sering terjadi, khususnya di Indonesia dari sudut pandang agama Buddha.
Menurut ajaran Buddha, yang mengatur semua fenomena di seluruh alam semesta ini ada lima hukum, yaitu:
  1. Utu Niyāma : Hukum fisika, mencakup semua fenomena anorganik.
  2. Bija Niyāma : Hukum biologis, mencakup semua fenomena organik.
  3. Kamma Niyāma : Hukum sebab-akibat, ciri semua fenomena tindakan yang dilakukan yaitu perbuatan yang baik akan berakibat baik dan perbuatan yang buruk akan mendatangkan akibat yang buruk
  4. Citta Niyāma : Hukum psikologis, mencakup semua proses kerja pikiran.
  5. Dhamma Niyāma : Hukum kebenaran, ciri semua fenomena yang terjadi yaitu bahwa semua fenomena saling keterkaitan dan termasuk semua proses yang bukan merupakan cakupan empat hukum di atas, seperti kebenaran konsep matematika dalam menggambarkan realitas.
Lima hukum di atas yang mengatur semua fenomena yang terjadi di alam semesta ini, termasuk bencana alam. Ajaran Buddha menjelaskan bahwa bencana alam disebabkan oleh hukum fisika (dalam hal ini geologi), dan bisa juga karena kesalahan manusia. Inti ajaran Buddha adalah bahwa semua fenomena yang terjadi adalah saling terkait.
Hukum fisika mengatur kerja alam yaitu siklus hujan, namun karena manusia banyak menebang pohon sembarang, membuang sampah sembarang sehingga berakibat banjir. Contoh lainnya adalah musim yang kacau yang disebabkan oleh pemanasan global yang juga diakibatkan oleh manusia. Ciri alam adalah selalu seimbang, sehingga ketika alam tidak seimbang lagi (rusak)—disebabkab manusia, maka terjadilah fenomena alam yang tidak biasa sehingga mungkin menjadi bencana bagi manusia.
Lainnya halnya dengan gempa bumi, letusan gunung berapi dan bencana alam geologis lainnya. Hingga saat ini belum terlihat dengan jelas apakah ada kaitan—langsung atau tidak langsung— antara bencana alam geologis dan tindakan manusia. Gempa bumi, letusan gunung berapi, dan bencana alam geologis lainnya lebih banyak disebabkan oleh hukum fisika (geologi). Namun, musim kemarau berkepanjangan, cuaca yang tidak menentu, banjir, longsor, kebakaran hutan yang terjadi sampai saat ini sebagian besar adalah ulah manusia secara langsung maupun tidak langsung.
Ajaran Buddha mengajarkan kepada manusia terutama untuk berkaca melihat diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain. Satu tindakan kecil—membuang sampah sembarangan—yang dilakukan oleh seorang individu bisa saja menyebabkan bencana besar bagi manusia lainnya.

DAILOG LIMA JARI TANGAN

LIMA JARI TANGAN
Oleh : Willy Yandi Wijaya
          (Petikan dari Halaman Webside: Willy Yandi Wijaya)

Lima jari tangan mengadakan pertemuan dengan tujuan memutuskan 
siapakah sesungguhnya di antara mereka yang paling unggul.

Pertama-tama, jempol tangan dengan bangganya berkata: 
“Asalkan saya mengacungkan jempol, berarti menandakan bahwa 
sayalah yang paling unggul!”

Jari telunjuk dengan gusarnya membantah dan berkata: 
“Setiap kali ingin makan, selalu menggunakan telunjuk untuk 
mencolek dan mencicipinya. Tanpa dapat mencicipi makanan 
dan makan, semuanya tidak bisa hidup. Oleh karena itu, 
sayalah yang paling unggul.”

Jari tengah juga tidak mau kalah dan berkata: “Diantara kita, sudah
pasti sayalah yang paling tinggi dan panjang. Oleh karena itu,
anda semua harus mendengarkan perintah saya!”

Jari manis dengan tenangnya berkata: “Setiap kali upacara pernikahan, 
cincin kawin selalu dikenakan pada saya. Demikian pula segala macam
cincin perhiasan yang bagus dan mahal selalu dikenakan pada saya! 
Bagaimana anda dapat menyamakan diri dengan saya?”
Keempat jari masing-masing membanggakan diri, namun hanya jari 
kelingking yang berdiam diri. Keempat jari tersebut kemudian dengan 
perasaan heran berkata: “Kenapa kamu berdiam diri?”

Jari kelingking dengan rendah hatinya berkata: 
“Saya adalah yang paling kecil dan paling akhir, bagaimana mungkin 
saya dapat menyamakan diri dengan anda sekalian?”

Pada waktu keempat jari merasa senang sekali mendengar ucapan
tersebut, jari kelingking melanjutkan: “Tetapi pada waktu memberikan 
salam dan hormat (anjali – bersikap hormat dengan merangkapkan 
kedua tangan di dada) kepada Sang Buddha dan orang bijaksana
lainnya; sayalah yang paling depan dan dekat dengan mereka!”

Di dalam masyarakat kita sering menjumpai orang-orang yang 
menganggap dirinya paling unggul. Orang yang benar-benar unggul 
bukanlah diukur dengan kedudukan, nama besar dan lain sebagainya. 
Orang yang benar-benar unggul adalah orang yang dapat menghormati
orang lain dan dapat mengerti keadaan orang lain.Bila seseorang dapat
menerima dan memaklumi keadaan suatu keluarga, maka dialah yang 
patut disebut sebagai kepala keluarga. Demikian pula bila seseorang 
dapat menerima masyarakat, jagat raya, maka hatinya akan semakin
lapang dan dapat bersatu dengan kebenaran Dharma, dia adalah seorang 
pemimpin besar.Di dunia ini, sesuatu yang terhormat dan agung haruslah
tumbuh dari ketulusan hati!

Sumber : Buku I Zhe Lu Hwa Liang Yang Ching
Oleh : Maha Bhiksu Shing Yun
Penyadur : Tan Chau Ming

PERASMIAN BANGUNAN UTAMA WAT CHINDPRADITHARAM

Bangunan Utama
Jemputan Ke Majlis Perasmian Bangunan Utama ( Mea Wat)
Wat Chindpraditharam,
Kampong Tendong, Pasir Mas, Kelantan.

Dengan segala hormat dan sukacitanya kami AJK wat menjemput
tuan/puan ke Majlis Perasmian Bangunan Utama (Mea Wat) pada
hari dan tarikh tersebut diatas Di Wat Chindraditharam, Kampong
Tendong, Pasir Mas, Kelantan:

9 Jun 2011(Khamis) 9.00 pagi - Upacara Letak Kerja
                                  8.00 mlm - Bacaan ayat suci sutta
10Jun2011(Jumaat)  9.00pagi  - Ketibaan dif jemputan,orang ramai
                                10.00pagi  - Upacara Perasmian Mea Wat
                                 11.00pagi  - Tarian Naga
                                 3.00ptg   -  Perarakan 
                                 9.00mlm -  Wayang Kulit
11Jun2011(Sabtu)  11.00pagi - Tak Bart (Dana kpd sangha)
                                9.00mlm - Wayang Kulit
12Jun2011(Ahad)    9.00mlm - Wayang Kulit

Kami mengalu-alukan kedatangan tuan/puan untuk bersama-sama
untuk membuat dana dengan hati yang ikhlas. Semoga anda akan
memperolehi pahala yang berganda. Tham duai chai di, hai pen bun
kuson.

Sadhu.........