Monday, May 23, 2011

Bhavana Atas Nafas



(III) ANAPANASATI (TAFAKUR ATAS NAFAS)

Kesesuaian : Sesuai untuk semua orang, terutamanya mereka yang sentiasa berasa tidak tenteram.

Tujuan utama :
a)       Untuk memperkembangkan daya penumpuan yang mendalam.
b)       Untuk memperkembangkan ketenteraman mental (rohani)  dengan  mengatasi  gangguan-gangguan mental.
c)       Untuk mengatasi banyak masalah psikologi dan emosi akibat daripada kekurangan ketenteraman dan daya penumpuan, misalannya gelisah, perihal tidak dapat tidur, kebimbangan, ketakutan, kegentaran dan lain-lain.

Cara-cara :
Duduk dengan lega. Beristirahat. Bernafas dengan tenang dan bersahaja. Menumpukan segala perhatian kepada perasaan akibat sentuhan nafas ke atas lubang hidung atau kepada tempat di antara lubang-lubang hidung dengan bibir atas.

Apabila menarik nafas, mengenali proses ini dengan "menarik nafas". Apabila mengeluarkan nafas, mengenali dengan "menghembus nafas". Jika pelajar mendapati kesukaran dalam cara ini, bolehlah menggantikan pengenalan ini dengan mengira "1" apabila menarik nafas, mengira "2" apabila mengeluarkan nafas, mengira "3" apabila menarik nafas, "4" apabila mengeluarkan nafas, sedemikian sehingga "10",kemudian mula dari "I " dan seterusnya.

Dengan bertambah daya penumpuan, pengiraan itu boleh digantikan dengan "menarik nafas" dan "menghembus nafas".

Nafas mungkin dalam atau cetek, lambat ataupun cepat. Pelajar harus ikut rentak biasanya.

Latih selama 5 hingga 30 minit sehari.

Gangguan-gangguan yang paling biasa merupakan kesakitan akibat daripada duduk terlalu lama dalam suatu gaya tertentu; gatal; fikiran merayau ke perkara lain atau bunyi. Semua gangguan ini harus dikenali dengan "sakit, sakit, sakit", kemudian tukar gaya duduk itu kepada gaya yang lebih lega, atau "gatal, gatal, gatal" atau "merayau, merayau, merayau" atau apabila gangguan adalah merupakan bunyi, jangan beri perhatian kepada bunyi itu, sebaliknya kepada telinga-telinga dan mengenalinya dengan "mendengar, mendengar, mendengar".

Perhatian :
Dengan berkembangan daya penumpuan, tertimbulnya kegirangan atau kebahagiaan.  Jangan terikat kepada kegirangan ini, sebaliknya menggunakan kuasa daya penumpuan ini  untuk  memperkembangkan  "mindfulness"  terhadap aktiviti-aktiviti fizikal dan mental.

Anapanasati dan bagaimana ia dapat menolong pelajar mengatasi banyak gangguan-gangguan duniawi.

Cara yang telah diterangkan adalah untuk memperkembangkan daya penumpuan dalam latihan yang beradab. Daya menumpu ini boleh dipergunakan dalam beberapa situasi dalam kehidupan duniawi kita ini.

Misalannya :
Anda tersepit dalam suatu barisan yang panjang atau suatu kesesakan lalu lintas. Dengan menumpukan perhatian anda pada pernafasan anda dapat mengurangkan perangsangan yang mungkin timbul.

Anda berasa bosan kerana tiada pekerjaan atau apa-apa yang ingin dilakukan, atau anda mungkin berasa gelisah. Anda mungkin berasa resah atau risau semasa membuat persediaan untuk menghadapi sesuatu peperiksaan, atau anda mungkin mengalami "stage fright" semasa berpidato di hadapan orang ramai atau anda berasa gelisah apabila bertutur dengan seseorang yang terkemuka. Masalah-masalah seperti ini boleh diatasi dengan menumpukan perhatian kepada pernafasan anda.

No comments:

Post a Comment