Tuesday, August 02, 2011

Saipret, Songpret, Pha Pa - Wat Salawanothayan Batu Jong

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Wat Salawanothayan, Batu Jong akan mengadakan
perayaan tersebut diatas seperti berikut:-

Saipret
Pada 09 September 2011
Aktiviti: Dana makanan (saibat)
Pelimpahan pahala kepada sanak saudara yang meninggal dunia.

Songpret
Pada 23 September 2011
Aktiviti: Dana makanan (saibat)
Pelimpahan pahala kepada sanak saudara yang meninggal dunia.

Pha Pa (Vassa)
Pada: 28 September 2011 Hari Letak Kerja - Bacaan Ayat Suci Buddhis
Pada: 29 September 2011 Hari Perayaan Phapa- penyerahan Jubah setelah tamat menjalani vassa selama 3 bulan.


30  September 2011 Dana makanan (saibat)


Apakah pengertian saipret dan song pret.

Perkataan pret dalam bahasa Thai bererti hantu. Kita harus sedar bahawa menjadi hantu yang kelaparan ini adalah dari manusia seperti kita juga pada masa kelahiran yang lalu, mungkin mereka ini sanak saudara kita juga pada masa lalu, tetapi kerana tidak menjaga tingkah laku, maka dengan mudah mereka melakukan perbuatan yang mengakibat mereka menjadi hantu kelaparan. Oleh itu awas perbuatan kita supaya tidak dilahirkan dialam hantu kelaparan ini. Umur mereka ini amat panjang. Mungkin beribu tahun, bergantung kepada apa perbuatan buruk yang anda lakukan.
Dengan memberi makanan kepada phrak / than, kita akan mendapat pahala samaada sedikit atau banyak, itu bergantung kepada perbuatan kita semasa memberi atau membuat pahala. Hasil dari perbuatan kita memberi itu akan menghasilkan pahala. Pahala (bun) ini kita perlu kongsikan dengan
mereka yang menjadi hantu atau pret itu. Kita harus sentiasa sedar atau ingat hanya pahala yang kita berikan atau kongsikan saja dapat mereka nikmati. Kalau kita buat kita tidak berikan kepada mereka
mereka tidak mendapat nikmati pahala  (bun) tersebut. Pahala (bun) ttersebut tetap milik kita kerana
kita yang melakukan dana makanan tersebut. Kita kerap mendengar bahawa pahala yang kita lakukan tidak sampai kepada simati.

sila baca juga ruangan Tham bun atau berbuat jasa.(buat pahala)

Semoga pahala yang akan kita lakukan ini akan dapat dinikmati oleh mereka
yang memerlukannya.

Sadhu..............

No comments:

Post a Comment