Phra Khru Phiphatathakit (Than Neang) |
WAT SALAWANOTHAYAN Batu Jong
akan menganjurkan Upacara Pha Pa
Ajk Wat menjemput semua umat Buddhist
diseluruh Jajahan Kuala Krai dan seluruh
negeri Kelantan datang beramai-ramai
ke upacara tersebut yang akan di adakan
seperti berikut:-
Jumaat 24 Jun 2011
Jam 8.00 pagi -Ketibaan para jemputan dan Umat Buddhist
Jam 10.00 pagi -Dana makanan kepada sangha
Jam 3.00 ptg -Perarakan Pha Pa dan serah dana kpd sangha
Anda boleh menderma kain jubah (kasir/robe),kain mandi phrak
dan lain-lain sumbangan untuk membiayai pembinaan Parinina
Buddha Rupa. Segala sumbangan anda amat dihargai dan kami
dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Parinibana Buddha
Rupa adalah merupakan suatu lambang atau simbol supaya kita
sentiasa mengingati bahawa Buddha adalah Guru kita dan kita
sebagai umatnya perlu sentiasa menghayati dan mengamalkan
Dhamma yang telah diajar dengan sempurna.
Semoga anda semua akan mengambil peluang ini untuk berbuat
pahala (bun) dan meninggalkan perkara yang tidak baik supaya
anda memperolehi kebahagiaan tanpa dukkha.
Sadhu.......sadhu.........sadhu............
No comments:
Post a Comment