Friday, February 15, 2019

Intisari Ajaran Buddha

Manusia akan alami proses penghidupan:

Anicca :   Tidak kekal

Dukkha : Ketidak capaian yang diingini.

Anatta :   Tiada sesuatu pun yang dikatakan aku pada jasad dan minda ini.

Apa yang tidak kekal?
Bermula dengan kelahiran, akan tua (maksudnya setiap saat,setiap hari akan bertambah)
akan sakit, dan mati. Sentiasa berubah dan akan menyebabkan kita kecewa kerana apa yang
kita miliki (apa jua, harta, kejayaan, perasaan, dan macam macam lagi).

Kenapa dukkha?
Semuanya sentiasa berubah - fizikal, perasaan, harta, Kepuasan sentiasa tidak terpenuhi.

Kenapa Anatta ?
Semuanya tidak terkawal sentiasa berubah. Bukan aku kerana jasad dan minda ini tidak
dapat dikawal supaya tidak tua, minda. perasaan supaya tidak timbul yang duka,tetapi
tetap timbul.

Jalan Tengah (sederhana).
Supaya kita tidak terlalu kecewa, Buddha mengajar supaya kita menjalani kehidupan
yang sederhana. Ia itu bertolak ansur dengan masyarakat sekitar kita. menjalani pekerjaan
yang tidak menimbulkan kesusahan kepada diri sendiri dan oarang lain yang ada di sekitar
kita.

Perkara yang perlu dihindari

1.Ketamakan
Menjaga fikiran supaya tidak menimbulkan keinginan yang berlebihan.

2.Perbuatan Jahat
Timbul dari keinginan yang berlebihan yang menyebabkan berlaku perbuatan
yang tidak baik.

3.Kegelapan minda.
Perbuatan tersebut berlaku kerana kita tidak dapat menilai yang mana baik dan
yang mana tak baik. Cuba kita tanya pada diri kita sendiri bagaimana kalau
perkara itu terjadi pada kita. Apakah kita akan bahagia atau menderita?.

Bagaimana terjadi?
Melalui 3 sumber.

1. Melalui fikiran (sebagai perancang)
    Samaada kerana ketamakan, keinginan melakukan hasil dari fahaman atau
    tanggapan yang tidak sesuai akibat dari fikiran yang gelap.

2. Melalui anggota (kaki tangan)
    Berlaku hasil dari perancang fikiran sama ada betul atau salah maka terjadilah
    perbuatan baik atau buruk.

3. Melalui Percakapan.
    Juga hasil dari perancangan fikiran. akibat nya sama seperti melalui anggota.

Perbuatan Kusala (baik)
10 perkara

3 melalui minda
3 melalui badan
4 melalui mulut

Perbuatan Akusala (tak baik)

3 melalui minda
   a.Fikiran tamak
   b.Fikiran / niat jahat @ kebencian
   c.Fikiran kekejaman

3 melalui badan
   a.Pembunuhan @ menyakiti
   b.Mengambil barang yang tidak diberi
   c.Perbuatan sexual yang salah

4 melalui mulut.
   a.Ucapan bohong
   b.Ucapan fitnah @ memecah belah berasas kebencian
   c.Ucapan yang kasar
   d.Ucapan kosong @ tiada faedah

Cara mengatasi
Buddha mengesyorkan 8 jalan ariya yang harus dicapai
1.Pandangan benar
2.Fikiran benar
3.Ucapan benar
4.Perbuatan atau tindakan benar
5.Mata pencarian benar
6.Usaha benar
7.Perhatian benar
8.Konsenterasi benar.

Seseorang harus berusaha untuk mencapai Pandangan Benar sebagai
pengemudian jalan yang lain kearah jalan yang dicadangkan oleh Buddha.

Anda dapat merujuk kepada Kitab Suci Buddhist:
1.Anguttara Nikaya
2.Samyutta Nikaya
3.Majjhima Nikaya
4.Digha Nikaya
5.Khuddhaka Nikaya.

No comments:

Post a Comment