Pengertian Phapa. - 2019
Pha adalah dalam Bahasa Thai bererti `kain`. manakala perkataan pa
bererti `hutan`. Secara ringkasnya bererti kain dihutan. Pada zaman
dahulu di India zaman Buddha amat susah untuk mendapatkan kain
untuk kegunaan mereka yang menjadi bhikkhu. Mereka akan mencari
kain-kain dimana sahaja, biasanya kain kain yang digunakan untuk
membalut orang mati yang dibiarkan dihutan atau tempat yang jauh
dari penempatan penduduk. Kain-kain ini akan diambil dan dicuci.
Dijahit bersesuaian dengan bentuk yang ditetapkan dalam vinaya.
Kini perubahan telah berlaku bersesuai dengan peraturan supaya
tidak berlaku pelanggaran sila /vinaya. Umat awam boleh memberi
dana kain jivon / kasir dengan meletak kain tersebut di tempat
yang dibuat simbolik sebagai hutan.Sebelum pengambilan kain itu
bhikkhu akan merenung tujuan pengambilan dan pengunaan kain
tersebut.Perlindungan dari rasa malu, halang cuaca dingin, halang
dari unggas seperti nyamuk dll, dengan ini beliau akan dapat menjalani
kehidupan yang suci.
Dana atau derma berbentuk makanan, jivon dan keperluan lain
seperti tempat tinggal dan ubatan boleh diberi kepada bhikkhu
kerana pada kebiasaan pihak biarawan juga semasa bervassa
selama 3 bulan akan cuba menjalani kehidupan sebagai biarawan
yang paling sempurna. Menjalani kehidupan dengan bermeditasi
dan mendalami dhamma dengan penyelidikan terhadap amalan
harian kearah mencapai ariya magga.
Sadhu.........................
No comments:
Post a Comment